Tuesday, May 20, 2008


16 Mei 2008 - Selamat Hari Guru khas buat semua guru SK GOPENG JALAN ILMU, guru daerah Kinta Selatan, dan semua guru di mana sahaja kalian menabur bakti kepada anak didik. Jadikan tema "Guru Cemerlang Negara Terbilang" sebagai pembakar semangat untuk terus berbakti dan jasa kalian sewangi AMBAR KESTURI.

SAJAK GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap kar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk Manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk rantau
Semakin beerti tugasnya kepada Negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Usman Awang 1979

SELAMAT DATANG KE PSS SK GOPENG

Pusat sumber sk gopeng baru sahaja membina blog untuk memudahkan guru-guru dan murid-murid untuk menyemak maklumat terkini. sekiranya terdapat sebarang masalah sila berhubung dengan Pn. Rosnita.