Monday, July 21, 2008


19 Julai 2008 - Sekolah SK Gopeng telah menjadi tuan rumah bagi karnival pra sekolah peringkat Zon. Sebanyak 9 buah sekolah yang mempunyai prasekolah telah menyertai pertandingan tersebut. antara pertandingan yang dipertandingkan ialah tarian, bercerita bahasa melayu, bercerita bahasa inggeris, sajak, hafazan alquran dan pertandingan mewarna. Sk Gopeng telah menjadi johan keseluruhan dengan memenangi kebanyakan acara yang dipertandingkan.

Bulan kecergasan Kebangsaan





18 Julai 2008 - Pihak sekolah telah mengadakan sambutan bulan kecergasan peringkat sekolah. semua murid dan guru pada hari tersebut memakai pakaian sukan kerana diadakan senam erobik di dataran perhimpunan sekolah. senaman tersbut telah diketuai oleh Cikgu Rozihana dan dibantu oleh Pn Ernie Suzana. Program tersebut telah berlangsung pada dua sesi iaitu pada sebelah pagi pada pukul 7.30 sehingga 8.30 pagi dan pada sesi petang pada pukul 5.00 sehingga 5.45 petang.